Wednesday, October 19, 2011

ojt oh ojt

tk sabarnya sy untuk menghitung hari untuk biskan ojt nie..
huhuhu
walaupun lgi 2 bulan..
nk sgt2 mase tu cepat berlalu..............

pergi kerja..duk kt meja sepanjang hari
tanpa melakukan kerja...
urmmmmmm
amat2 menstresskan diriku ini..
auwwwwwwwwwwwwwwwwww

pagi yang indah..ujan turun bgaikan mutiara

morning world!
memulakan hari anda dengan sejuta senyuman........
semoga segalanya berjalan dgn lncar dan baik2 aja....

Monday, October 17, 2011

huh!akhirnya

sebenrnya dah lama sy tk update blog nie...
lama sgt...
actually bukan la pndai sgt nk berblog nie ...
nie update blog pun coz tbe2 terase nk jual semua koleksi2 novel sy je.........
nk simpan nt tkt dimakn oleh "cik mak siti" lak...
so lebih bek sy jual(itupun kalo da yang nk membelinya)
kalo tkda jwbnya simpan jgkla...
hihihi

tk thu la nk tulis pe??
tp skrg nie
yang bermain di pikiran sy adalah........
bila la 'aku nie nk bis ojt'
OMG!!
sgt2 la bosan bila ojt nie sbnrnya...

lupa nk cite...
sy nie sbnrnya student lgi...
umr muda lgi
bru 23 tahun tau ...
skrg nie sy tgh menjalni on job tranining kat MAHB airports..
fuhhhhh!! 
lama tau 5BULAN..........
pastu akn continue lik selama st thun...
sy ambik degree of aviation mangement...
4 tahun course nie......

ok smbung lik...
sy terasa nk buka blog nie semula......
sbb yg kedua adalah 
fb sy dh deactivate..
so terasa la nk mgunakan blog nie lak
bosan la da fb nie..
kdg2 rimas jgk..
tp cm nk activate lik
tp tnggu thun dpn laaa
nk berehat dr fb wt seketika
mencri kedamaian di hati...
jeng..jeng..)adakah mcm org kecewa ker??rasenya tk kot..hihi
tmbahan pula....
nie jela tpt sy nk merapu2....
blog sy nie tkda follower so sy leh la merepek2 mcm org gila nanti..huhu
seronak jgk kn merepek2 sorg2 diri nie..hihi

hari2 sy g opis nie..
sy duduk je spnjang hari tau...
amat2 bosan
tkda kerja...
urmmmmmmmmmm
kdg2 rase cm jd gila pun yea jgk...........
nk usha pkwe hensem tp tkda lak yg hensem n bujang...(hahahaha)gedik jap................


kat cni sy ditempt  kt dpertment planning n development...
supervisor sy kata
sy msuk ujung thun
so kerja pun tkda la sgt...
beruntungg kah sy yea??
urmm...cm tk je la...
sebb dh nk msuk 2 buln lbh...
kerja tkda pun
just copy,scan file,..
cm tkda related lngsung dgn course sy..
kdg2 kan.....sy terpkr...pe la "aku nk letak dlm report aku nt yerk"
alahai sabar jela...huhuhu
tpkan yg untung nya..
org cafe kt cni murah hati..
kdg2 kn sy dpt mknan free..minuman free...dpt diskaun...
bek kan diarorang??
huhuhu


urmmmmmmm...
hidup oh hidup........


SALAM SEMUA :-)

KEPADA PEMBACA BLOG SEMUA......






DISINI SAYA INGIN MENJUAL BEBERAPA KOLEKSI NOVEL SY......
SEMUA KEADAAN NOVEL DIDALAM KEADAN YANG AMAT BAIK SEKALI...
SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH LA MENGHUBUNGI SY DI TALIAN
014-5008753
THANK YOU :-)

JAUH DARI CINTA

                                                                  CETAKAN TAHUN: 2011

 PENERBIT: KARYA SENI
 BIL MUKASURAT: 833
     KONDISI: 9/10
 HARGA ASAL:  RM21

BINTANG UNTUK NOVEL INI:4/5
  Harga jual: RM15
  (TERMASUK POSTAGE)
  Available

  




SINOPSIS

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL
. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

KU RELA CINTA INI BERTAMU

                                                                       CETAKAN TAHUN: 2011
 PENERBIT: kaki novel
 BIL MUKASURAT: 721
     KONDISI: 9/10
 HARGA ASAL:  RM24

BINTANG UNTUK NOVEL INI:4/5
  Harga jual: RM15
  (TERMASUK POSTAGE)
  Available


    



SINOPSIS

Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”
Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?



PILIHAN MAMA

                                        
   CETAKAN TAHUN: 2011
 PENERBIT: kaki novel
 BIL MUKASURAT: 412
     KONDISI: 9/10
 HARGA ASAL:  RM18


BINTANG UNTUK NOVEL INI: 3/5
  Harga jual: RM10
  (TERMASUK POSTAGE)
  Available


        



SINOPSIS

Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.

Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji  yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?

PELUKAN CINTA

                                                                CETAKAN TAHUN:2011
                                                                      PENERBIT: KAKI NOVEL
                                                                        BIL MUKASURAT:401
  KONDISI: 9/10
 HARGA ASAL:  RM17
BINTANG: 4.5 /5

 Harga jual: RM12
(TERMASUK POSTAGE)
Available






SINOPSIS


Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial.

Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta.

MAID

                                                                         CETAKAN TAHUN:2011
                                                                   PENERBIT: KAKI NOVEL
        BIL MUKASURAT: 753

BINTANG : 5/5
      KONDISI: 9/10
       HARGA ASAL:  RM26

  Harga jual: RM20
  (TERMASUK POSTAGE)
  Available


 


SINOPSIS

  
BEST WEH CITER NIHHHHH…YUK2 KITE REVIEWWWWWW…

Heroin name noorul n hero name harris..memang best dua2 watak ni. Noorul baru abis blaja n dh lame gak tnm anggur coz susah dpt keje, last2 minah ni pilih gak jd M.A.I.D atas pujukan kwn serumah Iman a.k.a BFF. Nk jdkan cite si mamat ni plak Mr. Harris a.k.a MR. F (mr. Fussy) amik si Noorul ni keje. Ermmm mamat ni very sweet coz ari2 x sebulu ngan si Noorul n ari2 kasi arahan melalui note2 yg ditmpal pd setiap area yg dirasakan kena dibersihkan.

Nk dijdkan cite Noorul dh tangkap cintan ngan Mr. F tp adik si harris (Haikal) plak dh tangkap cintan ngan Noorul.Agak lama Noorul keje ngan Harris smpai Mr. F ni pon dh terjatuh hati ngan maid sendiri tp x diluahkan.Tup2 dua2 ni kena kawen coz dh kantoi ngan mak ayah harris sbb ader gosip yg kecoh ckp harris ni simpan pompuan simpanan iaitu si Noorul ni lah. Dua2 bantah perkahwinan ni tp terpaksa ikut arahan mak ayah Harris untuk tutup malu.After kawen dua2 buat hal masing2 cam sblm kawen iaitu antara majikan n pekerja.harris ni plak ader minah gedik yg suke kat die n slalu buat Noorul cemburu.

Dalam masa yang sama, bekas teman wanita Harris telah balik dari oversea dan ingin menagih kembali cinta Harris. Dia telah meminta bantuan Noorul untuk berhubung dengan Harris. Harris menentang keras bantuan yang dihulurkan oleh Noorul kerana hatinya sudah tidak dapat menerima bekas teman wanitanya kembali. Di kampong Noorul, Harris telah mengetahui bahawa Noorul mencintai dirinya.

Mereka akhirnya melayari alam perkahwinan yang sebenar dan sangat bahagia. Seseorang yang berdendam dengan Noorul telah menabur fitnah bahawa perkahwinannya dengan Harris adalah rancangan yang dibuat oleh Noorul. Perkahwinan mereka tergugat dan mentua Noorul menyalahkan Noorul.

Akhirnya kebenaran terbongkar apabila orang yg berdendam telah insaf dan membongkarkan segala kekusutan. Harris dan Noorul bahagia sesangat and very sweet…..
  

pergilah air mata

     CETAKAN TAHUN:2011
   PENERBIT: kaki novel
 BIL MUKASURAT: 858
     KONDISI: 9/10
 HARGA ASAL:  RM28

BINTANG UTK NOVEL INI: 4/5

  Harga jual: RM20
  (TERMASUK POSTAGE)
  Available

  



SINOPSIS

 
Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA

Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL






DOKTOR CINTA

   CETAKAN TAHUN: 2011
 PENERBIT: kaki novel
 BIL MUKASURAT: 833
     KONDISI: 9/10
 HARGA ASAL:  RM26

BINTANG UNTUK NOVEL INI:4/5
  Harga jual: RM20
  (TERMASUK POSTAGE)
  Available





SINOPSIS


Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.